KATA PERINTAH DALAM LATIHAN KAWAD
Semoga blog ini dapat membantu sedikit sebanyak pelajar (ahli kadet polis) dalam latihan kawad khusus untuk memasuki pertandingan kawad.
PERGERAKKAN PERTAMA(mengikut format pertandingan)
11. BERJALAN
CEPAT MASA
Kata perintah : “da...ri kanan cepat jalan”
2. BERHENTI
CEPAT MASA
Kata perintah : “Skuad.....ti”
3. MENGHADAP
KE HADAPAN
Kata perintah : “meghadap ke hadapan, kiri.....sing”
4. BUKA
BARISAN
Kata perintah : “buka barisan.....grak”
5. KE
KANAN LURUS
Kata perintah : “ ke kanan...lurus”
6. PANDANG
DEPAN
Kata perintah : “ pandang.....depan”
7. DARI
KANAN NOMBOR
Kata perintah : “dari kanan....nombor”
8. LAPOR
9. LANGKAH
KE HADAPAN
Kata perintah : “dua langkah ke hadapan.....grak”
10. LANGKAH
KE BELAKANG
Kata perintah : “satu langkah ke belakang .. grak “
11. LANGKAH
KE KIRI
Kata perintah : “satu langkah ke kiri...grak”
12. Dua
langkah ke kanan
Kata perintah : “dua langkah ke kanan....grak”
13. Kanan
pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan , kanan....sing”
14. Menghadap
ke belakang
Kata perintah : “menghadap ke belakang, kanan...sing”
15. Menghadap
ke hadapan
Kata perintah : “menghadap ke hadapan, belakang....sing”
16. Bergerak
ke kanan separuh kanan
Kata perintah : “bergerak ke kanan, separuh...kanan”
17. Hormat
ke hadapan
Kata perintah : “hormat ke hadapan...hormat”
18. Hormat
ke kanan
Kata perintah : “hormat ke kanan....hormat”
19. Hormat
ke kiri
Kata perintah : “hormat ke kiri....hormat”
20. Menghadap
ke hadapan separuh kiri
Kata perintah : “meghadap ke hadapan, separuh...kiri”
21. Hentak
kaki berlari
Kata perintah : “hentak kaki...cepat”
22. Hentak
kaki perlahan
Kata perintah : “hentak kaki...perlahan”
23. Bergerak
ke kanan
Kata perintah : “bergerak ke kanan, kanan...sing”
24. Sepuluh
langkah dan berhenti
Kata perintah : “sepuluh langkah dan berhenti, dari kiri....cepat jalan”
25. Bergerak
ke kiri belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kiri, belakang...sing”
26. Teguran
27. Cepat
jalan
Kata perintah : “da....ri kanan cepat jalan”
28. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang....sing”
29. Hormat
ke kiri
Kata perintah : “hormat ke kiri...hormat”
30. Hormat
ke hadapan hormat
Kata perintah : “hormat ke hadapan...hormat”
31. Hormat
ke kanan
Kata perintah : “hormat ke kanan...hormat”
32. Selaku
terima sijil
Kata perintah : “selaku terima sijil, ke hadapan...hormat”
33. Tukar
langkah semasa berjalan
Kata perintah : “tukar langkah masa berjalan, tukar
- langkah”
34. Bergerak
ke kiri belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kiri, belakang...sing”
35. Hentak
kaki
Kata perintah : “hentak...kaki”
36. Maju
Kata perintah : “skuad, maju”
37. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang...sing”
38. Menghadap
ke belakang kanan pusing
Kata perintah : “menghadap ke belakang, kanan..sing”
39. Bergerak
ke keri kiri pusing
Kata perintah : “bergerak ke kiri, kiri...sing”
40. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang...sing”
41. Teguran
42. Menghadap
ke hadapan kanan pusing
Kata perintah : “menghadap ke hadapan, kanan..sing”
43. Hentak
kaki
Kata perintah : “skuad, hentak..kaki”
44. Henti
Kata perintah : “skuad..ti”
45. Bergerak
ke kanan kanan pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, kanan...sing”
46. Dari
kiri perlahan jalan
Kata perintah : “da...ri kiri , perlahan....jalan”
47. Bergerak
ke kekiri belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kiri, belakang...sing”
48. Tukar
langkah
Kata perintah : “tukar langkah masa berjalan, tukar
- langkah”
49. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang...sing”
50. Hentak
kaki
Kata perintah : “hentak...kaki”
51. Maju
Kata perintah : “skuad, maju”
52. Teguran
53. Bergerak
ke kiri belakang pusing
Kata perintah : “ bergerak ke kiri, belakang...sing”
54. Menghadap
ke belakang kiri pusing
Kata perintah : “menghadap ke belakang, kiri...sing”
55. Bergerak
ke kanan kanan pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, kanan...sing”
56. Teguran
57. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang...sing”
58. Menghadap
hadapan ke hadapan kiri pusing
Kata perintah : “menghadap ke hadapan , kiri...sing”
59. Hentak
kaki
Kata perintah : “hentak..kaki”
60. Henti
Kata perintah : “skuad..ti”
61. Bergerak
ke kanan
Kata perintah : “bergerak ke kanan, kanan...sing”
62. Cepat
jalan
Kata perintah : “da....ri kiri, cepat jalan”
63. Bergerak
kiri belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kiri, belakang...sing”
64. Tukar
langkah perlahan jalan
Kata perintah : “tukar langkah perlahan, perlahan...jalan”
65. Teguran
66. Bergerak
ke kanan belakang pusing
Kata perintah : “bergerak ke kanan, belakang...sing”
67. Teguran
68. Tukar
langkah cepat jalan
Kata perintah : “tukar langkah cepat, cepat – jalan”
69. Tutup
barisan
Kata perintah : “tutup, barisan”
70. Jadikan
skuad
Kata perintah :”di sebelah kiri dan berhenti, jadikan...skuad”
71. Menghadap
ke belakang belakang pusing
Kata perintah : ‘menghadap ke belakang, belakang...sing”
72. Perlahan
jalan
Kata perintah : “menghadap ke belakang, da...ri kiri , perlahan....jalan”
73. Buka
barisan masa berjalan
Kata perintah : “buka barisan masa berjalan, buka...barisan”
74. Tutup
barisan masa berjalan
Kata perintah : “tutup barisan masa berjalan, tutup...barisan”
75. Menghadap
ke hadapan belakang pusing
Kata perintah : “menghadap ke hadapan, belakang...sing”
76. Tukar
haluan ke kiri kiri tukar
Kata perintah : “tukar haluan ke kiri, kiri...tukar”
77.
Henti
Kata perintah : “skuad..ti”
78. Ke
kanan lurus
Kata perintah : “ke kanan...lurus”
79. Pandang
depan
Kata perintah : “pandang depan”
80. Paraskan
skuad
Kata perintah pertama : “tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam
satu barisan .... paras”
Kata perintah kedua : “dari kanan...nombor”
Kata perintah ketiga : “ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu
langkah ke belakang ... grak”
Kata perintah ke empat ; “orang disebelah kanan diam , genap ke
kanan, ganjil ke kiri.. grak”
Kata
perintah kelima : “ jadikan tiga barisan....cepat jalan”
81. Ke
kanan lurus
Kata perintah : “ ke kanan..lurus”
82. Pandang
depan
Kata perintah : “pandang..depan”
83. Lapor
84. Pegawai
di padang bersurai
Kata perintah : “pegawai di padang, ber...surai”
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS PERINGKAT NEGERI SMK SERI TANJUNG, MELAKA TAHUN 2016
- AKTIVITI MENEMBAK M-16 KOR KADET POLIS
KATA PERINTAH DAN PERBUATAN
1. JADIKAN
SKUAD
- KATA PERINTAH :
“DISEBELAH KIRI DAN BERHENTI ,
JADIKAN...SKUAD”
Kata perintah
diberi ketika Pacak tumit kaki
kanan (cepat masa)
-PERBUATAN :
1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota
maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dengan sebutan “kiri”
1.2. Dengan pantas angkat kaki kanan peha separas
dengan bumi dan hentak disebelah kaki kiri dengan sebutan “kanan” bagi penanda
, sementara lain-lain angggota hentak kaki kanan menyerong sedikit 45 darjah
dihujung kaki kiri.
1.3. Setelah hentak kaki
kanan, bagi penanda kiri terus ambil langkah ke hadapan sebanyak tiga langkah
didahului kaki kiri dalam bilangan empat (hentak kaki kanan)
1.4 anggota-anggota yang
lain setelah hentak kaki kanan berpusing separuh kiri (45 darjah) terus
melangkah dngan kaki kiri ke hala yang baru dengan memacak tumit dan berhenti
berturut-turut mengikut deretan sepertimana pergerakan pelajaran dalam
berhenti.
Penerangan
teliti
- apabila mendapat kata
perintah orang no 1 barisan tengah dan belakang setelah hentak kaki kanan akan
memendekkan langkah supaya dapat mengekori belakang penanda dalam langkah yang
sama serta dengan jarak 1 langkah.
- dalam masa yang sama
lain-lain deretan akan berjalan kea rah yang baru (45 darjah ke kiri) dan
berhenti di sebelah kiri penanda kiri dengan jarak 1 tangan mengikut deretan
masing-masing.
- Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan
hendaklah member kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan.
2. TUKAR
HALUAN
-
KATA PERINTAH : “TUKAR HALUAN KE KIRI, KIRI....TUKAR”
Kata perintah diberi ketika
pacak tumit mana-mana kaki (sebaiknya kaki kiri)
PERBUATAN :
1. Apabila dapat kata perintah , penanda (orang
yang disebelah kiri) belok ke kiri 90 darjah dan berjalan 3 langkah . kemudian
buat pergerakkan hentak kaki dan tunggu sehingga kata perintah berhenti diberi.
3. TUKAR
LANGKAH CEPAT DARI PERLAHAN JALAN
KATA PERINTAH : “TUKAR
LANGKAH CEPAT,CEPAT – JALAN”
KATA PERINTAH
DIBERI : “CEPAT” ketika kaki kiri
jejak ke bumi
“JALAN” ketika kaki kanan jejak kaki”
PERBUATAN :
-
Apabila dapat kata
perintah, tending kaki kiri ke hadapan dahulu sejauh 15 inci kemudian memacak
tumit kaki kiri dengan sebutan “kiri”
-
Setelah memacak
tumit terus berjalan cepat masa.
Penerangan
teliti
-
Semasa memacak
tumit kaki kiri dengan pantas hanyun tangan kanan kehadapan separas bahu dan
tangan kiri lenggang ke belakang seberapa jauh yang boleh.
4. TUKAR
LANGKAH PERLAHAN JALAN DARI CEPAT JALAN
KATA PERINTAH : “TUKAR LANGKAH PERLAHAN, PERLAHAN.....JALAN”
KATA PERINTAH
DIBERI : ketika pacak tumit kaki
kanan ke bumi”
PERBUATAN :
1. Apabila dapat kata
perintah , melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan sebutan “kiri”
2. kemudian dengan pantas
angkat kaki kanan peha separas dengan bumi dan hentak dibelakang tumit kaki
kiri menyerong sedikit dengan sebutan “kanan”
3. setelah itu dengan
pantas tending kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan sebutan “UP” dan
terus berjalan perlahan masa.
5. BUKA BARISAN
SEMASA PERLAHAN JALAN
KATA PERINTAH : “BUKA BARISAN MASA BERJALAN, BUKA....BARISAN”
KATA PERINTAH
DIBERI : ketika kaki kanan melalui
kaki kiri.
6. TUTUP
BARISAN SEMASA PERLAHAN JALAN
KATA PERINTAH : “TUTUP BARISAN SEMASA BERJALAN, TUTUP....BARISAN”
KATA PERINTAH
DIBERI : ketika kaki kanan melalui
kaki kiri.
7. TUKAR
LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN
KATA PERINTAH : “TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN, TUKAR – LANGKAH”
KATA PERINTAH
DIBERI : perkataan “tukar” ketika
kaki kiri jejak ke bumi dan “langkah” ketika kaki kanan jejak ke bumi.
PERBUATAN
1. Apabila mendapat kata
perintah, dengan pantas sorong kaki kiri sejauh 15 inci ke hadapan dan letak
tapak kaki kiri ke bumi dengan sebutan “kiri”.
2. Setelah itu angkat kaki
kanan peha separas dengan bumi terus hentak dibelakang tumit kiri (perut kaki
kanan menyerong sedikit ditumit kaki kiri) dengan sebutan “kanan”
3. Kemudian dengan pantas
tending kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan sebutan “up dan terus
berjalan perlahan masa.
8. TUKAR
LANGKAH DALAM CEPAT MASA
KATA PERINTAH : “TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN, TUKAR – LANGKAH”
KATA PERINTAH
DIBERI : perkataan “tukar” ketika
kaki kiri pacak ke bumi dan “langkah” ketika kaki kanan pacak ke bumi.
PERBUATAN :
1. apabila mendapat kata
perintah , maju satu langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan sebutan
“kiri”
2. Setelah itu angkat kaki
kanan peha separas dengan bumi terus hentak dibelakang tumit kaki kiri (perut
kaki kanan menyerong sedikit ditumit kaki kiri) dengan sebutan “kanan”
3. Kemudian melangkah kaki
kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan sebutan “kiri” dan terus berjalan cepat
masa.
9. HENTAK
KAKI MASA BERJALAN CEPAT
KATA PERINTAH : “HENTAK....KAKI”
KATA PERINTAH DIBERI : ketika
tumit kaki kanan pacak ke bumi
PERBUATAN :
1. Apabila mendapat kata
perintah, melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan sebutan “check”
2. kemudian tarik kaki
kanan ke belakang tumit kaki kiri dan tegangkan lutut dengan sebutan “in”
3. selepas itu dengan
pantas angkat kaki kiri peha separas dengan bumi dengan sebutan “up”
4. Kemudian dengan pantas
jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi disebelah kaki kanan dengan pantas angkat
kaki kanan peha separas dengan bumi dan buat pergerakan hentak kaki cepat masa
sehingga mendapat kata perintah berhenti / maju.
10. MAJU DALAM STATIK KETIKA HENTAK KAKI CEPAT
MASA
KATA PERINTAH
: “SKUAD........MAJU”
KATA PERINTAH DI BERI : ketika hujung kaki kiri jejak ke bumi
PERBUATAN :
1. Apabila dapat kata
perintah dengan pantas hentak kaki kanan dibelakang tumit kaki kiri menyerong
sedikit 45 darjah dengan sebutan “kanan”
2. Kemudian melangkah kaki
kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan sebutan “kiri”
3. Setelah it u terus
berjalan cepat masa.
11.HENTAK
KAKI MASA PERLAHAN JALAN
KATA PERINTAH
: “HENTAK.....KAKI”
KATA PERINTAH DIBERI KETIKA – kaki kanan melalui kaki kiri.
PERBUATAN :
1. Apabila dapat kata
perintah , sorong kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan letak tapak kaki
kanan ke bumi dengan pantas angkat kaki kiri peha separas bumi dan berhenti
sejenak diatass dengan sebutan “kanan up”
2. Kemudian dengan pantas
jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi disebelah kaki kanan dengan pantas angkat
kaki kanan peha separas dengan bumi serta sombong pergerakkan hentak kaki
perlahan masa sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju.
12. MAJU
DALAM STATIK PERLAHAN MASA
KATA PERINTAH
: “SKUAD.....MAJU”
KATA PERINTAH DIBERI – ketika hujung kaki kiri jejak ke bumi.
PERBUATAN :
1. Apabila mendapat kata perintah, dengan pantas
hentak kaki kanan di belakang tumit kaki kiri sejauh 15 inci ke hadapan untuk
berjalan perlahan dengan sebutan “kanan up”
Ulasan
Catat Ulasan